Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

peribahasa bekerjasama

Maksud Peribahasa Senarai Koleksi Peribahasa Bekerjasama dan Perpaduan - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Senarai Koleksi Peribahasa Bekerjasama dan Perpaduan

Koleksi Peribahasa Bekerjasama dan Perpaduan Senarai koleksi peribahasa amalan bekerjasama dan perpaduan serta bantu membantu(tolong-menolong) adalah bagi menggalakan rakyat memupuk sikap bekerjasama ini kerana ia merupakan salah satu sifat positif yang harus dimiliki oleh seseorang. Peribahasa bekerjasama dalam Bahasa Melayu Malaysia yang dibincangkan amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, dari pelajar UPSR, PMR, SPM, STPM dan […]

Continue Reading
Maksud Peribahasa Kuat Akar Kerana Tunjang Kuat Tunjang Kerana Akar - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Maksud peribahasa: Bersatu hati (tolong-menolong) dalam kalangan masyarakat akan menguatkan mereka dalam segala urusan. Contoh ayat: Ali amat lega setelah mengetahui kumpulan sepak takrawnya menjadi juara pertandingan itu kerana mereka telah bermain secara bersatu hati bak kata pepatah kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Kerja Baik Berhimbauan Datang Buruk Bertaburan - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan.

Peribahasa: Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan. Maksud peribahasa: Sikap saling bantu membantu antara manusia. Contoh ayat: Ketua pengurusan pentadbiran itu mendapati bahawa kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan akan memepercepatkan kerja harian mereka kerana semua pekerja akan bantu membantu antara satu dengan yang lain untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Lupa Mengingatkan Terlelap Menjagakan - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.

Peribahasa : Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. Maksud Peribahasa : Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. Contoh ayat: Fikri sering ke rumah temannya iaitu Ahmed untuk menyiapkan kerja sekolah mereka bersama walaupun ada kalanya Ahmed tidak tahu penyelesaian untuk kerja sekolahnya bak kata pepatah lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.

Continue Reading