Peribahasa Bergambar Amalan Menabung

Peribahasa Bergambar Amalan Menabung yang sesuai digunakan dalam karangan atau kehidupan seharian anda. Peribahasa amalan menabung sangat sesuai untuk digunakan dalam karangan bahasa Melayu bagi mendapatkan markah lebih dalam peperiksaan. Amalan menabung kebiasaannya diajar kepada anak-anak kecil supaya mereka belajar menabung dan tahu kepentingan berjimat cermat untuk masa hadapan mereka. Dengan sikap menabung ini juga mampu memupuk semangat untuk mengumpul duit dengan bekerja apabila dewasa nanti (berdikari) serta menahan keinginan untuk membeli kemahuan yang tidak penting.Peribahasa Bergambar Amalan Menabung 1

Peribahasa Bergambar Amalan Menabung

Mari kita lihat apakah peribahasa yang tersenarai dalam amalan menabung.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Melentur buluh biarlah dari rebungnya - PeribahasaDotORG

Melentur buluh biar dari rebungnya

Maksud: Mengajar anak-anak biarlah semasa mereka kecil kerana mereka akan keras dan tidak dapat diajar lagi apabila telah besar.

Contoh ayat: Encik Ali mengajar anak-anaknya supaya berjimat cermat semasa umur mereka masih kecil kerana beliau tahu anak-anaknya tidak akan dapat diajar lagi apabila usia mereka meningkat umpama peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya - PeribahasaDotORG

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Maksud: Hasrat tidak akan tercapai jika seseorang tidak berusaha dan bersusah payah untuk mencapainya.

Contoh ayat: Siti kerap kali ditanya bagaimana dia dapat membeli basikalnya menggunakan wangnya sendiri, Siti berkata bahawa ia berkat usahanya umpama peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Peribahasa Menabung - Pengayuh sayang dibasahkan sampan takkan sampai ke seberang - PeribahasaDotORG

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Maksud: Sekiranya seseorang malas berusaha, maka impian hanya akan jadi angan-angan(tidak tercapai).

Contoh ayat: Abu ingin menjadi pelajar terbaik di sekolah tetapi dia malas hendak belajar dan selalu meniru di sekolah ibarat peribahasa pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Sedikit-sedikit lama - lama menjadi bukit - PeribahasaDotORG

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Maksud: Sesuatu yang dikumpul dari jumlah sedikit pasti akan menjadi banyak juga sekiranya terus dikumpul.

Contoh ayat: Najwa menyimpan lebihan belanja sekolahnya di dalam tabung kerana dia tahu wangnya akan bertambah sekiranya dia terus melakukannya bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Di mana ada kemahuan di situ ada jalan - PeribahasaDotORG

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Maksud: Seseorang yang berusaha untuk mencari jalan bagi memenuhi kemahuannya pasti akan berjaya.

Contoh ayat: Aishah sering mencuba menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh gurunya walaupun soalan tersebut amat sukar kerana Aishah menganggap di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak - PeribahasaDotORG

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

Maksud: Sementara menunggu se­suatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.

Contoh ayat: Muzafar membuat keputusan untuk memakan lauk yang dimasak kelmarin oleh ibunya sambil menunggu nasi yang ditanak siap masak.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Ingat sebelum kena berjimat sebelum habis - PeribahasaDotORG

Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Maksud: Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

Contoh ayat: Emak selalu berhati-hati dalam penggunaan wangnya kerana dia tidak mahu wangnya habis serta merta. Emak selalu ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Peribahasa Amalan Menabung

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Sediakan payung sebelum hujan - PeribahasaDotORG

Sediakan payung sebelum hujan.

Maksud: Buat persediaan sebelum terlambat

Contoh ayat: Nadia selalu menyiapkan kerja sekolahnya sebelum keluar bermain kerana dia selalu sediakan payung sebelum hujan.

Peribahasa Bergambar - Peribahasa Melayu Malaysia - Ikut hati mati ikut rasa binasa - PeribahasaDotORG

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Maksud: Orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa.

Contoh ayat: Tindakan Amir yang mengikut perasaannya menyebabkan masalah buatnya apabila dia ditangkap oleh guru Hisham kerana merokok di dalam tandas. Amir kesal atas tindakannya yang juga sesuai dengan peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Semoga peribahasa bergambar amalan menabung ini dapat anda gunakan sebaiknya sebagai bahan rujukan.

Peribahasa Amalan Menabung
  • Peribahasa Bergambar Amalan Menabung
5