Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mana tali berpunca tak berhujung?

Peribahasa : Mana tali berpunca tak berhujung? Maksud Peribahasa : Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

Continue Reading

Mana busuk yang tidak berbau?

Peribahasa : Mana busuk yang tidak berbau? Maksud Peribahasa : Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.

Continue Reading

Mamah dulu kemudian telan.

Peribahasa : Mamah dulu kemudian telan. Maksud Peribahasa : Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.

Continue Reading

Malu makan, perut lapar.

Peribahasa : Malu makan, perut lapar. Maksud Peribahasa : Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

Continue Reading

Malu berani, mati takut.

Peribahasa : Malu berani, mati takut. Maksud Peribahasa : Pengecut.

Continue Reading

Malas bergarit, perut perit.

Peribahasa : Malas bergarit, perut perit. Maksud Peribahasa : Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.)

Continue Reading

Malang tiada datang tunggal.

Peribahasa : Malang tiada datang tunggal. Maksud Peribahasa : Malang yang bertimpa-timpa.

Continue Reading

Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.

Peribahasa : Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. Maksud Peribahasa : Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.

Continue Reading

Malang tak berbau.

Peribahasa : Malang tak berbau. Maksud Peribahasa : Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

Continue Reading

Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.

Peribahasa : Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang. Maksud Peribahasa : Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.)

Continue Reading