Peribahasa

Main badar, main gerundang.

Peribahasa : Main badar, main gerundang.

Maksud Peribahasa : Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.

Main akal (= budi).

Peribahasa : Main akal (= budi).

Maksud Peribahasa : Mengenakan tipu daya.

Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Peribahasa : Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh.

Mahal dibeli sukar dicari.

Peribahasa : Mahal dibeli sukar dicari.

Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh.

Macam terambil di nan kurang.

Peribahasa : Macam terambil di nan kurang.

Maksud Peribahasa : Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)

Macam kikir besi.

Peribahasa : Macam kikir besi.

Maksud Peribahasa : Orang kaya yang bakhil.

Macam kera kelaparan.

Peribahasa : Macam kera kelaparan.

Maksud Peribahasa : Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.

Peribahasa : Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.

Maksud Peribahasa : Orang bodoh yang banyak bualnya.

Macam betung seruas.

Peribahasa : Macam betung seruas.

Maksud Peribahasa : Terlalu jujur; lurus hati.

Mabuk kerana beruk berayun.

Peribahasa : Mabuk kerana beruk berayun.

Maksud Peribahasa : Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.