Peribahasa

Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam

Peribahasa : Belakang parang diasah lagikan tajam.

Maksud Peribahasa : Jika seseorang berusaha dengan lebih gigih, dia pasti akan berjaya. Seseorang yang bodoh pasti akan menjadi pandai sekiranya dia belajar.

Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga

Peribahasa : Bagai melepaskan batuk di tangga.

Maksud Peribahasa : Seseorang yang melakukan perkerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh atau ala kadar.

Berbudi bagai pisang lebat

Peribahasa : Berbudi bagai pisang lebat.

Maksud Peribahasa : Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: menggahkan diri.

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya

Peribahasa : Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Maksud Peribahasa : Pelaku yang melakukan sesuatu perubatan akan terasa apabila disindir atau apabila kejadian berkenaan diutarakan.

Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi

Peribahasa : Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Maksud Peribahasa : Perangai baik dan buruk ibu bapa akan diwarisi oleh anaknya.

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Maksud Peribahasa : Memandu dengan cermat supaya pemandu serta penumpang selamat sampai ke destinasi.

Menconteng arang di muka.

Peribahasa : Menconteng arang di muka.

Maksud Peribahasa : Perbuatan memberi malu / aib.

Masuk tak genap, keluar tak ganjil.

Peribahasa : Masuk tak genap, keluar tak ganjil.

Maksud Peribahasa : Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.

Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.

Peribahasa : Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh.

Maksud Peribahasa : Besar belanja daripada penghasilan.

Masuk lima keluar sepuluh.

Peribahasa : Masuk lima keluar sepuluh.

Maksud Peribahasa : Besar belanja daripada penghasilan.