Bagai semut penghimpun melukut
Peribahasa : Bagai semut penghimpun melukut. Maksud Peribahasa : Orang yang sangat rajin bekerja. Contoh ayat: Ayah bekerja bagai semut penghimpun melukut untuk mengumpul wang bagi membolehkan anak-anaknya menyambung pengajian kelak.
Naik Seperti Semut, Turun Seperti Ribut.
Peribahasa : Naik seperti semut, turun seperti ribut. Maksud Peribahasa : Usaha untuk memperoleh kejayaan selalunya mengambil masa yang lama(lambat), tetapi hendak jatuh senang sekali. Contoh ayat: Syarikat besar itu bagaikan naik seperti semut, turun seperti ribut apabila kerugian yang dialami oleh syarikat itu menyebabkan syarikat itu lingkup.
Dulu rampak rimbun daun, kinilah sangat merarasi.
Dulu rampak rimbun daun, kinilah sangat merarasi. Maksud peribahasa: Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.
Sekali air bah, sekali pasir berubah.
Peribahasa : Sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud Peribahasa : Sebaik sahaja ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara bertukar, maka cara hidup rakyat pun pasti berubah. Contoh ayat: Setelah negara Malaysia bertukar pemerintah pada pilihan raya tahun 2018, pelbagai pembaharuan dan naik taraf telah dilakukan sehingga menyebabkan cara hidup rakyat berbeza daripada dahulu.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Peribahasa : Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. Maksud Peribahasa : Pembahagian yang sama rata; banyak sama–sama banyak, sedikit sama–sama sedikit. Contoh ayat: Ayah mewasiatkan hartanya secara rata kepada anak-anaknya seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibu
Peribahasa : Seperti anak ayam kehilangan ibu Maksud Peribahasa : Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan. Contoh ayat: Kumpulan kompang di kampung itu tidak lagi aktif seperti dahulu dan kelihatan tidak terurus setelah ketua kumpulan mereka diarahkan untuk tidak bergiat aktif kerana sakit kroniknya.
Menyeladang bagai panas di padang
Peribahasa : Menyeladang bagai panas di padang. Maksud Peribahasa : Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.
Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.
Peribahasa : Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh. Maksud Peribahasa : Pertolongan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas dengan kebaikan. Contoh ayat: ”Terima kasih kerana menyelamatkan ayah saya. Saya amat berbesar hati sekiranya anda menerima hadiah saya ini sebagai tanda terima kasih saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,” kata Sainah kepada saya.
Sepuluh kali ukur, sekali kerat.
Peribahasa : Sepuluh kali ukur, sekali kerat. Maksud Peribahasa : Fikir sehabis-habisnya sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu pekerjaan agar anda tidak menyesal kemudian. Contoh ayat: Cikgu Ani menasihatkan pelajarnya untuk sepuluh kali ukur, sekali kerat dalam memilih bidang yang mereka bakal masuk setelah menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Ukur baju di badan sendiri
Peribahasa : Ukur baju di badan sendiri. Maksud Peribahasa : Berbelanjalah mengikut kemampuan diri. Contoh ayat: Saya selalu menasihatkan adik saya supaya ukur baju di badan sendiri supaya dia tidak membeli barang melebihi gajinya.
Bagai melepaskan anjing tersepit
Peribahasa : Bagai melepaskan anjing tersepit. Maksud Peribahasa : Membantu seseorang yang tidak tahu mengenang jasa / budi. Contoh ayat: Sejurus selepas Danial mendapat pekerjaan yang tetap, dia berpindah ke bandar dan tidak pulang ke kampung bertahun-tahun lamanya untuk menjenguk kakaknya walaupun kakaknya yang memberikannya wang untuk melanjutkan pelajaran dahulu bak kata pepatah bagai melepaskan […]
Ringan Tulang Berat Perut
Peribahasa : Ringan tulang, berat perut. Maksud Peribahasa : Sikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan membuatkan kita mendapat rezeki yang banyak(murah rezeki).
Masa Itu Emas
Peribahasa : Masa itu emas. Maksud Peribahasa : Masa itu berharga dan harus kita gunakan masa sebaik mungkin untuk melakukan perkara berfaedah.
Biar lambat asalkan selamat
Peribahasa : Biar lambat asalkan selamat. Maksud Peribahasa : Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan, sebaiknya lakukan pekerjaan itu dengan berhati-hati untuk kebaikan bersama.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Peribahasa : Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Maksud Peribahasa : Orang berilmu berdiam kerana berfikir, tetapi orang bodoh yang berdiam adalah perbuatan yang sia-sia.
Malu Bertanya Sesat Jalan, Malu Berdayung Perahu Hanyut
Peribahasa : Malu Bertanya Sesat Jalan, Malu Berdayung Perahu Hanyut Maksud Peribahasa : Seseorang yang tidak mahu berusaha tidak akan mencapai kejayaan.
Membaca Jambatan Ilmu
Peribahasa : Membaca Jambatan Ilmu. Maksud Peribahasa : Amalan membaca dalam kalangan kita pasti akan membantu kita menambah pengetahuan. Contoh ayat: Para guru selalu mengingatkan murid-murid mereka supaya membaca kerana membaca jambatan ilmu.
Bagai dakwat dengan kertas
Peribahasa : Bagai dakwat dengan kertas. Maksud Peribahasa : Hubungan persahabatan yang sangat erat.
Air jernih, ikannya jinak.
Peribahasa : Air jernih, ikannya jinak. Maksud Peribahasa : Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.
Lagi lebai lagi berjanggut
Peribahasa : Lagi lebai lagi berjanggut. Maksud Peribahasa : Seseorang yang berilmu dan berbudi.
Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam
Peribahasa : Belakang parang diasah lagikan tajam. Maksud Peribahasa : Jika seseorang berusaha dengan lebih gigih, dia pasti akan berjaya. Seseorang yang bodoh pasti akan menjadi pandai sekiranya dia belajar. Contoh ayat: Nurul kini menjadi antara 10 orang pelajar terpandai di kelasnya walaupun dahulunya Nurul selalu mendapat nombor uncit hasil usaha Nurul, bak kata pepatah […]
Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga
Peribahasa : Bagai melepaskan batuk di tangga. Maksud Peribahasa : Seseorang yang melakukan perkerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh atau ala kadar sahaja. Contoh ayat: Marsha selalu dimarahi ibunya kerana dia melakukan kerja setengah jalan sahaja bagai melepaskan batuk di tangga.
Berbudi bagai pisang lebat
Peribahasa : Berbudi bagai pisang lebat. Maksud Peribahasa : Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: menggahkan diri.
Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
Peribahasa : Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Maksud Peribahasa : Pelaku yang melakukan sesuatu perubatan akan terasa apabila disindir atau apabila kejadian berkenaan diutarakan.
Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi
Peribahasa : Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Maksud Peribahasa : Perangai baik dan buruk ibu bapa akan diwarisi oleh anaknya.
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa Selamat. Maksud Peribahasa : Memandu dengan cermat supaya pemandu serta penumpang selamat sampai ke destinasi.
Menconteng arang di muka.
Peribahasa : Menconteng arang di muka. Maksud Peribahasa : Perbuatan memberi malu / aib.