Peribahasa

Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.

Peribahasa : Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan. Maksud Peribahasa : Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.

Air besar, batu bersibak.

Peribahasa : Air besar, batu bersibak. Maksud Peribahasa : Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.

Air beriak tanda tak dalam. .

Peribahasa : Air beriak tanda tak dalam. . Maksud Peribahasa : Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

Agung susut, pongah masih.

Peribahasa : Agung susut, pongah masih. Maksud Peribahasa : Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga.

Agak-agak bertutur malam hari. .

Peribahasa : Agak-agak bertutur malam hari. . Maksud Peribahasa : Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.

Agak lebih daripada agih. .

Peribahasa : Agak lebih daripada agih. . Maksud Peribahasa : Banyak bicara, sedikit kerja.

Adat tua menahan ragam. .

Peribahasa : Adat tua menahan ragam. . Maksud Peribahasa : Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

Adat pulau limburan pasang. .

Peribahasa : Adat pulau limburan pasang. . Maksud Peribahasa : Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.

Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Peribahasa : Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. Maksud Peribahasa : Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.

Ada tangga hendak memanjat tiang.

Peribahasa : Ada tangga hendak memanjat tiang. Maksud Peribahasa : Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.