peribahasa

Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Peribahasa : Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh.

Mahal dibeli sukar dicari.

Peribahasa : Mahal dibeli sukar dicari.

Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh.

Macam terambil di nan kurang.

Peribahasa : Macam terambil di nan kurang.

Maksud Peribahasa : Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)

Macam kikir besi.

Peribahasa : Macam kikir besi.

Maksud Peribahasa : Orang kaya yang bakhil.

Macam kera kelaparan.

Peribahasa : Macam kera kelaparan.

Maksud Peribahasa : Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.

Peribahasa : Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.

Maksud Peribahasa : Orang bodoh yang banyak bualnya.

Macam betung seruas.

Peribahasa : Macam betung seruas.

Maksud Peribahasa : Terlalu jujur; lurus hati.

Mabuk kerana beruk berayun.

Peribahasa : Mabuk kerana beruk berayun.

Maksud Peribahasa : Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.

Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.

Peribahasa : Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.

Maksud Peribahasa : Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan

Lurus-lurus sumpitan.

Peribahasa : Lurus-lurus sumpitan.

Maksud Peribahasa : Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.