peribahasa

Mana tali berpunca tak berhujung?

Peribahasa : Mana tali berpunca tak berhujung?

Maksud Peribahasa : Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

Mana busuk yang tidak berbau?

Peribahasa : Mana busuk yang tidak berbau?

Maksud Peribahasa : Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.

Mamah dulu kemudian telan.

Peribahasa : Mamah dulu kemudian telan.

Maksud Peribahasa : Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.

Malu makan, perut lapar.

Peribahasa : Malu makan, perut lapar.

Maksud Peribahasa : Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

Malu berani, mati takut.

Peribahasa : Malu berani, mati takut.

Maksud Peribahasa : Pengecut.

Malas bergarit, perut perit.

Peribahasa : Malas bergarit, perut perit.

Maksud Peribahasa : Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.)

Malang tiada datang tunggal.

Peribahasa : Malang tiada datang tunggal.

Maksud Peribahasa : Malang yang bertimpa-timpa.

Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.

Peribahasa : Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.

Maksud Peribahasa : Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.

Malang tak berbau.

Peribahasa : Malang tak berbau.

Maksud Peribahasa : Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.

Peribahasa : Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.

Maksud Peribahasa : Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.)