Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

peribahasa

Main badar, main gerundang.

Peribahasa : Main badar, main gerundang. Maksud Peribahasa : Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.

Continue Reading

Main akal (= budi).

Peribahasa : Main akal (= budi). Maksud Peribahasa : Mengenakan tipu daya.

Continue Reading

Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Peribahasa : Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh. Contoh ayat: Kelulusan permohonan biasiswa itu sangat susah diperoleh kerana terlalu banyak pemohon yang harus ditapis bak kata pepatah mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.

Continue Reading

Mahal dibeli sukar dicari.

Peribahasa : Mahal dibeli sukar dicari. Maksud Peribahasa : Sesuatu yang amat susah diperoleh.

Continue Reading

Macam terambil di nan kurang.

Peribahasa : Macam terambil di nan kurang. Maksud Peribahasa : Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)

Continue Reading

Macam kikir besi.

Peribahasa : Macam kikir besi. Maksud Peribahasa : Orang kaya yang bakhil.

Continue Reading

Macam kera kelaparan.

Peribahasa : Macam kera kelaparan. Maksud Peribahasa : Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

Continue Reading

Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.

Peribahasa : Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. Maksud Peribahasa : Orang bodoh yang banyak bualnya.

Continue Reading

Macam betung seruas.

Peribahasa : Macam betung seruas. Maksud Peribahasa : Terlalu jujur; lurus hati.

Continue Reading

Mabuk kerana beruk berayun.

Peribahasa : Mabuk kerana beruk berayun. Maksud Peribahasa : Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.

Continue Reading

Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.

Peribahasa : Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. Maksud Peribahasa : Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan

Continue Reading

Lurus-lurus sumpitan.

Peribahasa : Lurus-lurus sumpitan. Maksud Peribahasa : Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.

Continue Reading

Lurus lubang lurus penjolok.

Peribahasa : Lurus lubang lurus penjolok. Maksud Peribahasa : Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya.

Continue Reading

Lurus bagai piarit.

Peribahasa : Lurus bagai piarit. Maksud Peribahasa : Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat

Continue Reading

Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki.

Peribahasa : Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Maksud Peribahasa : Teramat tua dan daif.

Continue Reading

Lurah dituruni, bukit didaki.

Peribahasa : Lurah dituruni, bukit didaki. Maksud Peribahasa : Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Lupa Mengingatkan Terlelap Menjagakan - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.

Peribahasa : Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. Maksud Peribahasa : Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. Contoh ayat: Fikri sering ke rumah temannya iaitu Ahmed untuk menyiapkan kerja sekolah mereka bersama walaupun ada kalanya Ahmed tidak tahu penyelesaian untuk kerja sekolahnya bak kata pepatah lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.

Continue Reading

Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan.

Peribahasa : Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. Maksud Peribahasa : Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian.

Continue Reading

Lunak disudu, keras ditakik.

Peribahasa : Lunak disudu, keras ditakik. Maksud Peribahasa : Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi.

Continue Reading

Lulus tabuh perhatian.

Peribahasa : Lulus tabuh perhatian. Maksud Peribahasa : Hati lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.)

Continue Reading

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Peribahasa : Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah. Maksud Peribahasa : Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

Continue Reading

Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.

Peribahasa : Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga. Maksud Peribahasa : Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.

Continue Reading

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu?

Peribahasa : Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu? Maksud Peribahasa : Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

Continue Reading

Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.

Peribahasa : Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. Maksud Peribahasa : Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri.

Continue Reading

Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).

Peribahasa : Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). Maksud Peribahasa : Sangat luas dan banyak pengetahuan.

Continue Reading

Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.

Peribahasa : Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. Maksud Peribahasa : Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Continue Reading

Longgar sendat, lapang bertukul.

Peribahasa : Longgar sendat, lapang bertukul. Maksud Peribahasa : Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya.

Continue Reading

Linggi diserang, Riau yang alah.

Peribahasa : Linggi diserang, Riau yang alah. Maksud Peribahasa : Menyerah tanpa berjuang.

Continue Reading

Lihat anak pandang menantu.

Peribahasa : Lihat anak pandang menantu. Maksud Peribahasa : Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.

Continue Reading

Lidahnya masin.

Peribahasa : Lidahnya masin. Maksud Peribahasa : Perkataannya diturut, permintaannya diterima.

Continue Reading