Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

peribahasa

Maksud Peribahasa Memberi Garam Kepada Laut - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Memberi Garam Kepada Laut

Peribahasa : Memberi garam kepada laut. Maksud Peribahasa : Memberi pertolongan kepada orang yang tidak memerlukannya; berbudi atau membantu orang kaya. Contoh ayat: Encik Salman bagaikan memberi garam kepada laut apabila beliau sanggup mengorbankan masa dan wangnya bagi membantu majikan beliau. Carian Peribahasa Malaysia:peribahasa melayu

Continue Reading
Maksud Peribahasa Ada Gula Ada Semut - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Ada gula, Ada semut

Peribahasa : Ada gula, ada semut. Maksud Peribahasa : Di suatu tempat yang senang mencari rezeki, pasti akan banyak orang berkumpul. Contoh ayat: Banyak penduduk kampung dari Sabah yang merantau ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja bak kata pepatah ada gula, ada semut.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Semut Mati Di Gula - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Semut mati di gula

Peribahasa : Semut mati di gula Maksud Peribahasa : Kebanyakan manusia tersemu dengan pujuk rayu orang. Contoh ayat: Ibu Anisah akhirnya membenarkan dia bekerja di bandar setelah dipujuk rayu oleh anaknya bak kata pepatah semut mati di gula.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

Peribahasa : Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas. Maksud Peribahasa : Sesuatu adat yang kekal dan tidak berubah-ubah. Contoh ayat: Orang Iban sentiasa melakukan beberapa upacara semasa hari sambutan Gawai mengikut adat resam mereka yang telah lama diwarisi bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Continue Reading

Bagai semut penghimpun melukut

Peribahasa : Bagai semut penghimpun melukut. Maksud Peribahasa : Orang yang sangat rajin bekerja. Contoh ayat: Ayah bekerja bagai semut penghimpun melukut untuk mengumpul wang bagi membolehkan anak-anaknya menyambung pengajian kelak.

Continue Reading

Naik Seperti Semut, Turun Seperti Ribut.

Peribahasa : Naik seperti semut, turun seperti ribut. Maksud Peribahasa : Usaha untuk memperoleh kejayaan selalunya mengambil masa yang lama(lambat), tetapi hendak jatuh senang sekali. Contoh ayat: Syarikat besar itu bagaikan naik seperti semut, turun seperti ribut apabila kerugian yang dialami oleh syarikat itu menyebabkan syarikat itu lingkup.

Continue Reading

Dulu rampak rimbun daun, kinilah sangat merarasi.

Dulu rampak rimbun daun, kinilah sangat merarasi. Maksud peribahasa: Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

Continue Reading
Maksud Peribahasa Sekali Air Bah Sekali Pasir Berubah - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Sekali air bah, sekali pasir berubah.

Peribahasa : Sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud Peribahasa : Sebaik sahaja ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara bertukar, maka cara hidup rakyat pun pasti berubah. Contoh ayat: Setelah negara Malaysia bertukar pemerintah pada pilihan raya tahun 2018, pelbagai pembaharuan dan naik taraf telah dilakukan sehingga menyebabkan cara hidup rakyat berbeza daripada dahulu. […]

Continue Reading
Maksud Peribahasa Hati Gajah Sama Dilapah Hati Kuman Sama Dicecah. - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Peribahasa : Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. Maksud Peribahasa : Pembahagian yang sama rata; banyak sama–sama banyak, sedikit sama–sama sedikit. Contoh ayat: Ayah mewasiatkan hartanya secara rata kepada anak-anaknya seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Carian Peribahasa Malaysia:maksud hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecahhati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecahmaksud hati kuman sama dicecah hati […]

Continue Reading
Maksud Peribahasa Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibu. - Senarai Peribahasa Melayu Bergambar Malaysia - PeribahasaDOTorg

Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibu

Peribahasa : Seperti anak ayam kehilangan ibu Maksud Peribahasa : Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan. Contoh ayat: Kumpulan kompang di kampung itu tidak lagi aktif seperti dahulu dan kelihatan tidak terurus setelah ketua kumpulan mereka diarahkan untuk tidak bergiat aktif kerana sakit kroniknya.

Continue Reading