peribahasa

Sekali air bah, sekali pasir berubah.

Peribahasa : Sekali air bah, sekali pasir berubah

Maksud Peribahasa : Sebaik sahaja ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara bertukar, maka cara hidup rakyat pun pasti berubah.

Contoh ayat: Setelah negara Malaysia bertukar pemerintah pada pilihan raya tahun 2018, pelbagai pembaharuan dan naik taraf telah dilakukan sehingga menyebabkan cara hidup rakyat berbeza daripada dahulu.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Peribahasa : Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Maksud Peribahasa : Pembahagian yang sama rata; banyak samasama banyak, sedikit samasama sedikit.

Contoh ayat: Ayah mewasiatkan hartanya kepada anak-anaknya seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Peribahasa : Seperti anak ayam kehilangan ibu

Maksud Peribahasa : Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

Contoh ayat: Kumpulan kompang di kampung itu tidak lagi aktif seperti dahulu dan kelihatan tidak terurus setelah ketua kumpulan mereka diarahkan untuk tidak bergiat aktif kerana sakit kroniknya.

Menyeladang bagai panas di padang

Peribahasa : Menyeladang bagai panas di padang.

Maksud Peribahasa : Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

Peribahasa : Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

Maksud Peribahasa : Pertolongan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas dengan kebaikan.

Contoh ayat: ”Terima kasih kerana menyelamatkan ayah saya. Saya amat berbesar hati sekiranya anda menerima hadiah saya ini sebagai tanda terima kasih saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,” kata Sainah kepada saya.

Sepuluh kali ukur, sekali kerat.

Peribahasa : Sepuluh kali ukur, sekali kerat.

Maksud Peribahasa : Fikir sehabis-habisnya sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu pekerjaan agar anda tidak menyesal kemudian.

Contoh ayat: Cikgu Ani menasihatkan pelajarnya untuk sepuluh kali ukur, sekali kerat dalam memilih bidang yang mereka bakal masuk setelah menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Ukur baju di badan sendiri

Peribahasa : Ukur baju di badan sendiri.

Maksud Peribahasa : Berbelanjalah mengikut kemampuan diri.

Contoh ayat: Saya selalu menasihatkan adik saya supaya ukur baju di badan sendiri supaya dia tidak membeli barang melebihi gajinya.

Habis akal, baru tawakal

Peribahasa : Habis akal, baru tawakal.

Maksud Peribahasa : Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan.

Bagai melepaskan anjing tersepit

Peribahasa : Bagai melepaskan anjing tersepit.

Maksud Peribahasa : Membantu seseorang yang tidak tahu mengenang jasa / budi.

Ringan Tulang Berat Perut

Peribahasa : Ringan tulang, berat perut.

Maksud Peribahasa : Sikap rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan membuatkan kita mendapat rezeki yang banyak(murah rezeki).