Bagai Aur Dengan Tebing
Peribahasa : Bagai Aur Dengan Tebing Maksud peribahasa : Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. Contoh ayat : Keharmonian rumah tangga Zainal dan Ashikin yang telah melebihi 10 tahun itu bagaikan aur dengan tebing.
Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun
Peribahasa : Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun. Maksud Peribahasa : Seseorang yang lebih sayang terhadap orang lain berbanding keluarganya sendiri. Contoh Ayat: Perilaku anak Encik Othman seperti kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun apabila dia melebihkan rakan-rakan sekolahnya berbanding ibu bapanya sendiri membuatkan orang tuanya sangat sedih.
Bangsa membaca, bangsa berjaya.
Peribahasa : Bangsa membaca, bangsa berjaya. Maksud Peribahasa : Amalan membaca menjadikan seseorang itu berjaya dan cemerlang. Contoh ayat : Cogan kata bangsa membaca, bangsa berjaya tertera megah di hadapan bangunan sekolah saya bagi mengingatkan para pelajar tentang kepentingan amalan membaca.
Ilmu Pelita Hidup
Peribahasa : Ilmu Pelita Hidup Maksud Peribahasa : Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang. Contoh ayat: Ayah selalu mengingatkan untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pelita hidup yang menerangi hidup sepertimana pelita itu dapat menerangi sesebuah rumah.
Jauh berjalan, luas pengalaman.
Peribahasa : Jauh berjalan, luas pengalaman. Maksud Peribahasa : Seseorang yang merantau akan melihat banyak perkara. Contoh ayat: Hobi Suhaida adalah mengembara dan satu hari nanti dia bercita-cita untuk mengembara ke seluruh dunia bak kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman.
Tujuh Kali Pindah Jadi Papa
Tujuh Kali Pindah Jadi Papa Maksud peribahasa: Pekerjaan yang tiada tetap hanya akan mendatangkan kerugian kepada seorang individu. Contoh ayat: Morgan tidak kisah jika dia bekerja secara singkat di sesuatu tempat kerana baginya pekerjaan mudah didapati tetapi dia tidak tahu bahawa perbuatan itu tujuh kali pindah jadi papa.
Bagai Aur Di Atas Bukit
Bagai Aur Di Atas Bukit Maksud peribahasa: Seseorang yang menyerahkan diri kepada nasib hidupnya. Contoh ayat: Kehidupan Mak Limah yang hidup sebagai sebatang kara membuatkan beliau bagai aur di atas bukit.
Memagar Diri Bagai Aur
Memagar Diri Bagai Aur Maksud peribahasa: Seseorang yang hanya pentingkan dirinya sendiri. Contoh ayat: Adira tetap tidak mahu menghulurkan bantuan kepada adiknya walaupun dia mendapat tahu adiknya memerlukan pertolongan wang dengan segera bagi membayar kursus di sekolahnya.
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Maksud peribahasa: Bersatu hati (tolong-menolong) dalam kalangan masyarakat akan menguatkan mereka dalam segala urusan. Contoh ayat: Ali amat lega setelah mengetahui kumpulan sepak takrawnya menjadi juara pertandingan itu kerana mereka telah bermain secara bersatu hati bak kata pepatah kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Adat hidup tolong-menolong, syariat palu-memalu.
Adat hidup tolong-menolong, syariat palu-memalu. Maksud peribahasa: Hidup sesama manusia harus sentiasa tolong menolong. Contoh ayat: Penduduk kampung halaman saya sentiasa mengamalkan hidup tolong menolong, syariat palu-memalu bagi mengekalkan kesejahteraan kampung demi kebaikan para penduduk.
Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan.
Peribahasa: Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan. Maksud peribahasa: Sikap saling bantu membantu antara manusia. Contoh ayat: Ketua pengurusan pentadbiran itu mendapati bahawa kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan akan memepercepatkan kerja harian mereka kerana semua pekerja akan bantu membantu antara satu dengan yang lain untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Peribahasa: Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Maksud peribahasa: Perhubungan akrab yang tidak dapat diceraikan. Contoh ayat: Walaupun Sheila dan Mia bukan adik beradik, tetapi hubungan mereka seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni sejak zaman persekolahan lagi.
Bagai Kucing Tidur Di Bantai
Peribahasa : Bagai kucing tidur di bantai Maksud Peribahasa : Seseorang yang hidup senang dan/serta mewah. Contoh ayat: Anak kepada pengasas produk yang terkenal itu bagai kucing tidur di bantai kerana beliau tidak mempunyai masalah kewangan.
Ulam Mencari Sambal
Peribahasa : Ulam mencari sambal Maksud Peribahasa : Perempuan yang mencari lelaki. Contoh ayat: Ayah Amira berasa malu apabila mengetahui bahawa anak perempuannya itu berkelakuan kurang senonoh dengan memaksa kawannya untuk mengahwini Amira bak kata pepatah bagai ulam mencari sambal.
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Peribahasa : Patah tumbuh hilang berganti Maksud Peribahasa : Kehilangan seseorang atau sesuatu yang segera digantikan dengan yang baru. Contoh ayat: Ibu Amir terkejut setelah mengetahui anaknya sudah mempunyai kekasih baru walaupun Amir baru sahaja beberapa minggu berpisah dengan kekasih lamanya bak kata pepatah patah tumbuh hilang berganti. Bagi mereka yang telah mempunyai kekasih pengganti (cinta) […]
Padi rebah, paksa tekukurlah.
Peribahasa : Padi rebah, paksa tekukurlah. Maksud Peribahasa : Seseorang yang mendapat keuntungan tanpa perlu bersusah payah. Contoh ayat: Amalina dinaikkan pangkat daripada kerani kepada pembantu peribadi ketuanya dalam masa yang singkat seperti padi rebah, paksa tekukurlah.
Ucap habis niat sampai
Peribahasa : Ucap habis niat sampai. Maksud Peribahasa : Sesuatu hasil yang diperoleh dengan serta merta(segera). Contoh ayat: Makcik Timah lebih suka berniaga kerana ucap habis niat sampai, tidak seperti bekerja di bawah sesuatu syarikat di mana makcik Timah hanya dibayar pada setiap hujung bulan.
Nyamuk mati, gatal tak lepas.
Peribahasa : Nyamuk mati, gatal tak(tidak) lepas. Maksud Peribahasa : Menaruh atau menyimpan dendam terhadap seseorang yang berbuat jahat, meskipun orang yang melakukan kejahatan itu sudah dihukum. Contoh ayat: Selepas mengetahui bahawa Ismail adalah pencuri kepada rumah pakcik Naim yang telah dipenjarakan beberapa bulan, pakcik Naim masih lagi terasa seperti nyamuk mati, tak lepas.
Ulat Dalam Batu Pun Hidup Juga
Peribahasa : Ulat dalam batu pun hidup juga. Maksud Peribahasa : Orang yang sentiasa rajin berusaha dapat mengelak daripada mati kelaparan. Contoh ayat: Suzila merantau ke Semenanjung Malaysia untuk mencari nafkah lebih buat keluarganya walaupun dia kadang kala menghadapi pelbagai masalah ibarat ulat dalam batu pun hidup juga.
Zaman beralih, musim bertukar.
Peribahasa : Zaman beralih, musim bertukar. Maksud Peribahasa : Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) harus disesuaikan mengikut atau seiring dengan keadaan zaman. Contoh ayat: Undang-undang di negara Malaysia digubal bak zaman beralih, musim bertukar kerana pasti akan terdapat pelbagai perubahan kepada negara kita dalam tempoh-tempoh tertentu dan undang-undang harus seiring dengan perubahan tersebut(jika berkenaan).
Yang Dikejar Tidak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
Peribahasa : Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Maksud Peribahasa : Keuntungan atau kelebihan yang dikejar/diharapkan tidak didapati(gagal dimiliki), manakala yang sudah dimiliki dibuang atau dilepaskan. Contoh ayat: Encik Jo bagaikan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran apabila beliau melepaskan projek kecil itu kerana beliau ingin mendapatkan projek yang lebih besar tetapi akhirnya […]
Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Sakit Juga
Peribahasa : Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga. Maksud Peribahasa : Setiap kesusahan atau penderitaan yang dialami oleh seseorang pasti akan dirasai oleh ahli keluarganya juga. Contoh ayat: Kamarul membantu ibunya menjual kuih-muih sebelum pergi ke sekolah kerana dia tidak mahu ibunya susah bak kata pepatah cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
Ada Padi Masak, Adalah Pipit
Peribahasa : Ada padi masak, adalah pipit. Maksud Peribahasa : Banyak orang akan berkumpul di suatu tempat yang mudah untuk mereka mendapat rezeki. Contoh ayat: Banyak orang berkumpul di bandar kerana ada padi masak, adalah pipit.
Memberi Garam Kepada Laut
Peribahasa : Memberi garam kepada laut. Maksud Peribahasa : Memberi pertolongan kepada orang yang tidak memerlukannya; berbudi atau membantu orang kaya. Contoh ayat: Encik Salman bagaikan memberi garam kepada laut apabila beliau sanggup mengorbankan masa dan wangnya bagi membantu majikan beliau.
Ada gula, Ada semut
Peribahasa : Ada gula, ada semut. Maksud Peribahasa : Di suatu tempat yang senang mencari rezeki, pasti akan banyak orang berkumpul. Contoh ayat: Banyak penduduk kampung dari Sabah yang merantau ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja bak kata pepatah ada gula, ada semut.
Semut mati di gula
Peribahasa : Semut mati di gula Maksud Peribahasa : Kebanyakan manusia tersemu dengan pujuk rayu orang. Contoh ayat: Ibu Anisah akhirnya membenarkan dia bekerja di bandar setelah dipujuk rayu oleh anaknya bak kata pepatah semut mati di gula.
Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas
Peribahasa : Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas. Maksud Peribahasa : Sesuatu adat yang kekal dan tidak berubah-ubah. Contoh ayat: Orang Iban sentiasa melakukan beberapa upacara semasa hari sambutan Gawai mengikut adat resam mereka yang telah lama diwarisi bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.